Wednesday, July 7, 2010

3 Julai 2010 Gotong-royong membersihkan Taman Rekreasi Pasir Besar

Hari ini kami membalut semua hadiah yang telah dibeli untuk sukaneka hari bapa.



Sempat memantau perkembangan khemah makan VIP di Pusat Komuniti Jalur Lebar.


Nadia dan Ezzat membuat promosi di pasar malam sementara Anis, Munir, Norliza, Suraya serta ahli keluarga dan penduduk Pasir Besar gotong-royong menyediakan taman rekreasi untuk sambutan hari bapa.

2 Julai 2010 Promosi di Sekolah dan Sambutan Hari Jadi

Pagi ini kami berkesempatan ke SMK Pasir Besar sekali lagi. Kali ini kami berjumpa para pelajar setelah tamat bacaan yasin.



Petangnya pula setelah menghantar surat jemputan ke Pejabat ADUN Gemas, kami telah menyambut hari jadi ke-8 adik angkat Ezzat di rumahnya. Laksa masakan Pn.Zanariah memang sodap!

1 Julai 2010 Hari Usahanita Asas

Hari ini berlangsungnya Hari Usahanita Asas. Dua program utamanya iaitu demonstrasi memasak kek keju dan kelas berniaga melalui blog.

anak-anak tadika belajar melukis rumah menggunakan Paint

30 Jun 2010 Sos Cili Kg.Pasir Besar

Hari ini membuat promosi program Cipta Kerjaya di SMK Pasir Besar sewaktu Hari Kooperasi.

Norliza membuat promosi

antara para pelajar tingkatan 4/5 yang berada di dalam dewan

juga ada pertandingan mewarna kanak-kanak

dalam jam 2.30 pula ada pertandingan memasak Maggi


Pada waktu petang kami sempat melihat kaum wanita Kampung Pasir Besar menyediakan sos cili.

29 Jun 2010 Mesyuarat dengan Wakil Penduduk Pasir Besar

Perjumpaan di Balai Belia Felda Pasir Besar



Ahli mesyuarat bersedia memberi kerjasama untuk menyatakan proposal kami untuk mengadakan tiga program utama iaitu:
1) Hari Usahanita Asas
2) Sambutan Hari Bapa
3) Hari Cipta Kerjaya

28 Jun 2010 Menyambut Ketibaan Kembara Mahkota Johor

f) Stesen Keretapi Gemas

Hari ini kami ke Stesen Keretapi Gemas untuk menyambut Kembara Mahkota Johor.

kenderaan rasmi polis kembara

anak-anak yang menantikan kemunculan Tuanku

Sultan Ibrahim dan Sultanah Raja Zarith Sofia

personaliti tv3

pemain gamelan SMK Palong 2

semuanya khas biru untuk kerabat Johor


g) Nasi Ayam Gemas Mustafah

Sempat singgah merasai nasi ayam mustafah yang famous di Gemas. Ia terletak bersebelahan stesen bas Gemas.


27 Jun 2010 Perbincangan di Rumah Tok Ketua

Hari ni kami buat perbincangan di rumah Nadia.

lemak cili padi!

makan bersama-sama ahli keluarga Hj.Yusof

Sunday, June 27, 2010

26 Jun 2010 Perjumpaan Mini dengan Penduduk dan Berjalan-jalan di Pasar Malam

Pada jam 3.00 petang, kami ada perjumpaan kecil dengan wakil-wakil penduduk Kg.Pasir Besar dan Felda Pasir Besar di Ateh Corner.

Anis sedang memberi penerangan projek yang dirancang



e) Pasar Malam Pasir Besar

Tamat sahaja meeting, kami sempat berjalan-jalan di Pasar Malam di Pekan Pasir Besar bersebelahan stesen minyak Shell. Macam-macam ado...

kerepek

yong tau foo

satay

pau

aiskrim magic!

putu mayam

jeruk

murtabak

sata